Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika sebahagian pengikut mazhab Syiah di Mesir mengumumkan sokongan mereka terhadap calon Ikhwanul Muslimin dalam pilihanraya presiden, seorang pemikir Syiah Mesir tampil menyertai pencalonan.
Dr. Muhammad Ghanim, kelmarin secara rasmi mencalonkan dirinya dalam pilihanraya, sekaligus menjadi calon pertama daripada mazhab Syiah dalam negara majoriti Ahlusunnah itu.
Sebaik sahaja mendaftarkan namanya, beliau menyatakan bahawa masyarakat Syiah tidak akan berdiam diri untuk menuntut hak mereka.
Muhammad Ahmad Ghanim lahir pada tahun 1939 di kota Kaherah. Beliau berkelulusan dalam bidang perubatan di universiti Al-Manshourah. Beliau juga adalah doktor Mesir yang pertama membangkitkan isu Zionis yang menggunakan senjata terlarang dalam serangan 22 hari regim tersebut terhadap Gaza.